Pak Belang terpelanting dirempuh kereta di Kelantan


  • Tular
  • Jumaat, 08 Jul 2022

Tangkap layar rakaman video tular harimau belang dilanggar di Kelantan baru-baru ini. — Facebook

SEORANG pemandu berdepan detik cemas apabila merempuh seekor harimau belang yang secara tiba-tiba melintas jalan raya dalam satu kejadian dipercayai berlaku di Kelantan.

Kejadian pada pukul 11.23 malam Khamis itu dapat dirakam oleh pemilik kenderaan melalui perakam video papan pemuka (dashcam) dan dikongsikan di akaun TikTok animalmalaysia.

Melalui klip rakaman video tular tersebut menunjukkan pemandu sedang memandu di laluan lurus di sebelah lorong kiri sebelum harimau itu secara tiba-tiba muncul dari arah kanan.

Kejadian itu menyebabkan pemandu kenderaan tersebut tidak sempat mengelak atau memberhentikan kenderaan.

Akibat impak rempuhan itu, harimau tersebut dilihat terpelanting ke bahu jalan namun dapat bangun semula sebelum melarikan diri ke dalam hutan.

Perkongsian itu turut dimuat naik di Facebook Persatuan Haiwan Malaysia pada Jumaat.

Rakaman video tular yang menunjukkan harimau belang dilanggar di Kelantan.— Facebook

Tidak dapat dipastikan sama ada harimau itu selamat atau mengalami kecederaan kerana tiada maklumat lain dikongsikan.

Tiada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram