SATU hantaran tular di media sosial mendakwa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta warga emas memberikan butiran peribadi bagi menerima bantuan khas RM500 setiap bulan.
JKM menerusi akaun media sosialnya mengeluarkan kenyataan bahawa dakwaan itu adalah palsu.
"JKM ingin memaklumkan bahawa informasi yang tular di laman sosial berhubung dengan 'Permohonan Bantuan RM500 sebulan untuk Semua Warga Emas Tahun 2022' adalah palsu," jelas JKM.
Dalam pada itu, JKM menambah bahawa orang ramai tidak sepatutnya mudah percaya dengan sebarang maklumat yang tersebar di media sosial.
JKM menggesa orang ramai supaya merujuk portal rasmi jabatan itu, www.jkm.gov.my, untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai skim bantuan yang ditawarkan.
Penipuan seperti ini dijalankan oleh individu dan sindiket yang tidak bertanggungjawab untuk mengumpul maklumat orang awam dan mereka kemudiannya menyasarkan dan cuba menipu wang mangsa.
Menurut polis, sebanyak RM5.2 bilion hilang akibat jenayah komersial dan penipuan sejak 2020.
"Sejumlah RM5.2 bilion adalah satu angka besar dan disebabkan itu kita perlu terus berkongsi maklumat kepada orang ramai mengenai modus operandi atau taktik terkini yang digunakan oleh penipu supaya mereka tidak mudah terpengaruh," kata Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani baru-baru ini mengenai perkara itu.
Tambah Ketua Polis Negara itu, pengetahuan tentang aktiviti penipuan seperti ini sangat penting supaya orang awam dapat dilindungi daripada bahaya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram