Kewujudan lelaki botak misteri tepi 'highway' cetus tanda tanya


  • Tular
  • Rabu, 06 Jul 2022

Kewujudan lelaki botak misteri terbabit meresahkan pengguna jalan raya. —Facebook

MISTERI kelibat seorang lelaki botak yang duduk berkeseorangan di bawah jejambat yang difahamkan berada di laluan Sungai Buloh menghala ke Lebuh Raya PLUS menghala ke Jalan Duta menjadi tanda tanya warganet.

Dalam satu perkongsian di Facebook Adung Zr., lelaki berkenaan memakai baju merah dan berseluar jeans serta kelihatan sedang khusyuk dengan telefon bimbit.

Video yang dirakam pada waktu malam itu dikongsi di Facebook Kelab Lori 3 Tan Malaysia dengan harapan lelaki berkenaan dibantu sekiranya benar dia mengalami kesusahan.

Dalam kapsyen bersama video berkenaan tertulis "Ada yang tahu kenapa brader ni selalu kat sini. Aku kekadang risau. Kadang takut juga. Kot-kot ada masalah. Sungai Buloh menghala Kuala Lumpur. Masuk highway Duta. 22.1 Kilometer. Macam tulah kira-kira. Sebelum itu, saya minta maaf kepada brader ni kalau saya buat cara ini (dengan mendedahkan dia kepada umum).

Tangkap layar perkongsian yang tular di media sosial Facebook

Lebih menarik, ramai warganet turut berkongsi pengalaman melihat individu yang sama pada hari yang berbeza di ruang komen sekali gus merancakkan lagi rasa bimbang dalam kalangan mereka.

"Ya, saya pun ada perasan dua hari lepas.. awal-awal subuh tidur tepi itu. Sami kot," kata Sufian Ramli.

Pengalaman sama turut dirasai Muhammad Saifullah yang menulis: "Ada perasan juga pagi Isnin 4/7, tidur sambil duduk".

"O.K juga. Minggu lepas siap selimut kain putih nampak kepala je. Ingatkan ada apa," kata Pemburu Highway.

Bagaimanapun, terdapat juga komen-komen yang mencuit hati.

"Tertinggal driver ini, "kata Pak Yus.

"Tu hantu main telefon," usik Kamcheng Chuang.

Setakat ini, masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung perkara itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram