SEORANG pengawal keselamatan berusia 25 tahun ditahan kerana menyerang adik perempuan dan neneknya di kediaman mereka di Kampung Tasik Tambahan, dekat Ampang, Selangor.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek didakwa membaling dua baldi ke arah adiknya yang berusia 23 tahun, sebelum menampar dan menjirus air suam ke atas badan neneknya yang berusia 64 tahun.
Katanya, kejadian berlaku sebaik suspek tiba di rumah kira-kira pukul 9.30 malam Selasa.
"Kedua-dua mangsa mengalami beberapa kecederaan dan mereka dirawat di Hospital Ampang.
"Kami menahan suspek pada Rabu dan dia kini direman sehingga Ahad," katanya ketika dihubungi pemberita pada Jumaat.
Suspek didapati negatif dadah, katanya.
"Dia berang apabila mangsa enggan memberikan wang kepadanya.
"Kami akan menyiasat perkara itu dengan lebih lanjut," tambahnya.
Mohamad Farouk berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bahaya dan mengugut. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram