Umat Islam Malaysia sambut Aidiladha 10 Julai


  • Primer
  • Rabu, 29 Jun 2022

Umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Julai ini. — Sinar Harian

UMAT Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Julai ini.

Pengumuman pengisytiharan itu dibuat oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman pada Rabu.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1443 Hijrah ialah pada hari Jumaat 1 Julai 2022 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban 10 Zulhijjah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad, 10 Julai 2022 Masihi. Sekian,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan di saluran televisyen tempatan.

Ini selepas sesi pencerapan oleh panel falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di 29 lokasi di seluruh negara, petang Rabu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram