CUBA ditenangkan namun masih ingin meneruskan pergaduhan, itu situasi pergaduhan yang membabitkan antara seorang pelanggan lelaki dengan salah seorang kakitangan di sebuah pasar raya
Dalam video berdurasi sembilan saat itu, lelaki tersebut dilihat mengherdik sambil menuding jari ke arah kakitangan wanita berkenaan meskipun terdapat beberapa pelanggan berusaha untuk redakan suasana tegang itu.
Menerusi video tular tersebut juga menunjukkan staf wanita itu sedang menangis dan berada dalam ketakutan setelah dimaki oleh pelanggan lelaki berkenaan.
Rakaman lelaki berkenaan dilihat mengherdik sambil menuding jari ke arah kakitangan wanita itu. — Facebook
Meskipun tidak dapat dipastikan sebab perbalahan itu namun sesetengah warganet menganggap motif kejadian berlaku mungkin disebabkan oleh perebutan minyak masak atau wujud masalah peribadi antara mereka.
"Berebut minyak masak itu. Lelaki itu nak beli lebih mungkin tapi tidak boleh. Dua kampit saja dibenarkan," kata Sri Bayu.
"Berebut minyak paket ka.. adoii sudah dapat BKM itu beli la minyak botol, boleh dapat berlambak, duit sikit pun kedekut," ujar pengguna Facebook, Zulkarnai N Siti Aishah
Namun sehingga kini, masih tidak dapat dipastikan apakah sebab pergaduhan terjadi dan juga lokasi insiden berkenaan kerana tidak dinyatakan lanjut dalam video itu.
Berbicara mengenai minyak masak, tidak dapat dinafikan terdapat premis yang mencatu pembelian minyak masak paket dan ada juga yang meletakkan syarat perlu memberi barang lain untuk mendapatkannya.
Seperti tindakan seorang pemilik kedai runcit di Taman Kenari, Kulim di Kedah yang menetapkan syarat pengguna perlu membeli barangan keperluan lain sebelum dibenarkan membeli minyak masak paket. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram