Video berbalas tembakan bukan berlaku di Bukit Tinggi — Polis


  • 112
  • Sabtu, 25 Jun 2022

Polis memberikan amaran keras kepada orang awam agar tidak menularkan apa-apa maklumat yang tidak benar.

POLIS Klang Selatan menafikan video yang tular di media sosial yang memaparkan kejadian tembak-menembak dikatakan berlaku di kawasan Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, hasil semakan mendapati, video itu sebenarnya berlaku di sebuah negara Amerika Latin.

"Video berbalas tembakan diantara suspek dan pengawal keselamatan di dalam sebuah permis itu, tidak berlaku di kawasan Bukit Tinggi,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata pihak polis memberikan amaran keras kepada orang awam, agar tidak menularkan apa-apa maklumat yang tidak benar ke media sosial sehingga mendatangkan kegusaran kepada masyarakat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram