Berpusing sebelum rempuh 2 kenderaan arah lawan


  • Tular
  • Selasa, 21 Jun 2022

Kereta Vios itu memandu dengan laju sebelum hilang kawalan.

SATU kejadian kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Vios hilang kawalan dan melanggar dua buah kenderaan dari arah berlainan dipercayai berlaku di Chemor, Perak pada Isnin.

Menerusi perkongsian video oleh laman Facebook Viral Perak, dalam keadaan hujan kereta Vios itu memandu dengan laju sebelum hilang kawalan yang mana menyebabkan kenderaan itu berpusing beberapa kali sebelum berlaku pelanggaran.

Berdasarkan video berdurasi satu minit 10 saat itu, situasi pelanggaran itu menyebabkan sebuah kereta Proton Saga berwarna merah hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang lori di depannya.

Kesan daripada kejadian itu, kenderaan berwarna kelabu tersebut mengalami kerosakan teruk apabila bahagian depan kereta itu hancur.

Susulan perkongsian itu, video tersebut mendapat pelbagai reaksi orang ramai di ruangan komen yang berasa simpati kepada pemilik kereta Saga dan ada juga memberikan peringatan kepada orang ramai.

"Dalam hujan tak perlu sembang semua, laju ke tidak kalau licin semua kena tayar mahal ke murah lagi-lagi kalau selekoh masa hujan pula," kata Wassy Meor.

"Jangan bawa laju-laju masa hujan, kalau seorang-seorang dengan kereta kita sahaja tak apa, ini kesian orang lain pula jadi mangsa," ujar Shahrina Hashim.

"Ramai sahaja saya tengok 'time' hujan jalan licin pun nak bawa laju, itu kalau langgar air bertakung atau air mengalir mesti berpusing, itu belum ambil kira kalau tayar bunga haus lagi," jelas Shah Shukri.

"Hujan jalan licin, tolong berhati-hati, semoga dipermudahkan segala urusan," tulis Siti Hajar Ismail.

Keaadan pemandu tersebut tidak dapat dipastikan sama ada mengalami sebarang kecederaan atau pun tidak.

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 500 tontonan dan 452 tanda suka di Facebook. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Kereta Vios, Licin, Langgar, Perak, Proton Saga