DUA pelajar ditemui mati dalam keadaan berpelukan dipercayai akibat lemas di Sungai Gong Dermin, Kubang Kerian, di Kota Bharu, Kelantan, pada pagi Jumaat.
Mayat Muhammad Zul Hafiz Azman, 18, dan Luqman Hakim Azman,16, ditemui pada pukul 8.40 pagi.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, mayat kedua-duanya ditemui kira-kira 20 meter dari tempat mereka turun ke sungai.
Mayat salah seorang mangsa diusung menuju kenderaan polis untuk dibawa ke hospital bagi tindakan lanjut.
"Mayat mereka ditemui dalam keadaan berpelukan," katanya. — Sinar Harian
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram