DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyatakan syarikat Bossque Skyline Sdn Bhd dilantik sebagai kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja penggantian dan penyelenggaraan salah satu eskalator di stesen LRT Sri Rampai selepas ia melepasi peringkat penilaian yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Penilaian Tawaran.
DBKL berkata, tender terbuka kepada kontraktor bumiputera oleh DBKL untuk menjalankan kerja itu dibuka pada 2 April dan ditutup pada 15 April 2022.