Gajah 'round' taman perumahan di Kluang, penduduk dakwa kegiatan haram jadi punca


  • Tular
  • Isnin, 13 Jun 2022

Kelibat dua ekor gajah seperti yang tular di laman Facebook.

KELIBAT dua ekor gajah yang merayau di sekitar Taman Seri Impian, Kluang, Johor menggegarkan penduduk setempat.

Gambar tular sejak Ahad itu memaparkan, haiwan liar tersebut dikhuatiri akan merosakkan harta benda atau membahayakan nyawa penduduk awam.

Perkara itu dikongsikan oleh Md Salihin Sukimi menerusi laman Facebook.

"Gajah round (ronda) depan rumah aku. Kau rasa?" soalnya ringkas.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Ross Suri mendakwa sebelum ini, terdapat haiwan liar lain seperti babi yang berkeliaran di Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor (Kopketa), tidak jauh dari taman perumahan tersebut.

Menyifatkan perkara itu sebagai bahaya, dia menggesa kerajaan Johor untuk memantau kegiatan haram pihak yang menarah hutan di kawasan tersebut.

"Disebabkan mereka, habitat haiwan terancam. Sudahnya mengganggu ketenteraman penduduk taman.

"Lama-lama pupus haiwan di Johor ni. Tangkaplah letak di zoo Johor tu yang kekurangan haiwan," katanya.

Majoriti masih cuba menghubungi Jabatan Perhilitan Negeri Johor berhubung perkara tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

gajah merayau, Kluang, Taman Seri Impian