Parah kena hempap pokok angkara ribut di Melaka


  • Tular
  • Selasa, 22 Feb 2022

TANGKAP layar video yang memaparkan mangsa terjatuh selepas dihempap pokok akibat ribut di Melaka pada Selasa. — Facebook

SEORANG penunggang motosikal cedera parah selepas dihempap sebatang pokok yang tumbang akibat hujan ribut yang melanda Melaka pada Selasa.

Video mangsa juga tular di media sosial dan kejadian dipercayai berlaku di hadapan Tesco Melaka di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).

Menerusi video berdurasi 15 saat itu, sebatang pokok di tepi jalan tumbang ketika mangsa sedang melalui jalan tersebut hingga mengakibatkan mangsa terjatuh.

Pokok itu juga dilihat bergoyang dengan kuat akibat ribut tersebut sebelum tumbang.

Dalam pada itu, seorang pengguna media sosial, Dila Fadilah memaklumkan yang mangsa kini berada di dalam zon merah akibat kejadian tersebut.

"Tolong doakan kesembuhan buat sahabat kami Taha Zainudin yang masih di zon merah akibat dihempap pokok petang semalam di hadapan Tesco Melaka," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram