Tiada kutipan derma untuk 'Muhammad Al Nuhi' di HPSF


  • Massa
  • Rabu, 01 Jun 2022

Pihak hospital menafikan Mohammad Al Nuhi menjalani rawatan di HPSF.

PIHAK pengurusan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar, Johor menerima aduan berhubung isu kutipan sumbangan bagi kos pembedahan pesakit bernama Mohammad Al Nuhi yang disiarkan menerusi laman Facebook Sahabat Ustaz Syamsul Debat pada Mei.

Melalui kenyataan di laman Facebook rasmi pada Ahad, HPSF menafikan terdapat pesakit menggunakan nama itu di hospital berkenaan.

“Pihak hospital menafikan Mohammad Al Nuhi menjalani rawatan di hospital ini,” jelas HPSF.

"Akaun bank atas penama Mohd Safihi didapati telah beberapa kali menggunakan nama hospital ini untuk membuat kutipan sumbangan pesakit yang tidak wujud.

“Pihak hospital menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati apabila membuat sumbangan bagi mengelakkan sebarang isu penipuan,” tambahnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram