Tiada pesakit bayi tanpa tempurung kepala — HTA


  • Primer
  • Selasa, 04 Jan 2022

TIADA kanak-kanak menghidap penyakit tanpa tempurung kepala mendapat rawatan di HTA. — Gambar Hiasan

TULAR beberapa mesej di media sosial mendakwa seorang ibu memerlukan dana untuk pembedahan anaknya di Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur berikutan bayi itu dilahirkan tanpa tempurung kepala.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook Hospital Kuala Lumpur pada Isnin, HTA menyangkal dakwaan itu dengan memaklumkan bahawa tiada kanak-kanak menghidap penyakit tanpa tempurung kepala mendapatkan rawatan di hospital itu.

"Pihak HTA ingin memaklumkan bahawa berita berkaitan seorang pesakit kanak-kanak menghidap penyakit tanpa tempurung kepala kini sedang mendapatkan rawatan di hospital ini adalah palsu.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan berita palsu seperti ini,” kata pihak hospital.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi Unit Komunikasi Korporat HTA di talian 03-2600 3000. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram