
MASIH ramai pemandu yang tidak bertanggungjawab meletakkan kereta di tapak yang dikhaska untuk orang kurang upaya (OKU) di Lorong Dataran Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Semasa tinjauan StarMetro, sebuah kereta meletakkan kenderaannya sebanyak dua kali di petak OKU di sebuah klinik.
Seorang individu yang melalui kawasan tersebut mendakwa tanda di laluan kerusi roda itu telah pudar, menyebabkan ia tidak kelihatan oleh pemandu.
"Ia perlu dicat semula dan papan tanda dipasang untuk memaklumkan kepada pemandu bahawa ia bertujuan untuk orang kurang upaya," katanya.
Seorang lagi orang awam, Nor Syahira Md Zin berkata, dia melihat sebuah keluarga bersama seseorang individu yang menggunakan kerusi roda terpaksa meletak kenderaan di tempat lain ketika mengunjungi klinik itu kerana tindakan tidak bertanggungjawab pemandu terbabit.
Azra Rizal Noor Azman pula berkata, kebiasaannya pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuat rondaan di kawasan itu sebelum berlakunya perintah kawalan pergerakan.
“Mereka akan mengeluarkan saman, tetapi itu terhenti semasa pandemik Covid-19 dan saya tidak melihat mereka sejak daripada perintah itu.
"Terdapat juga motosikal diletakkan di laluan lima kaki di hadapan pusat jagaan kanak-kanak."
Pekerja kedai optometri Nor Izzati Mohd Nazim berkata, jalan lorong itu hanya mampu menampung kenderaan sehala sahaja.
“Ini kerana banyak kenderaan diletakkan di bahu jalan.
“Petugas DBKL ada kalanya mengunci tayar kereta yang diletakkan secara haram tetapi masalah itu masih berterusan,” katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram