Belalai air di Pengerang, bomba ambil langkah berjaga-jaga


  • Tular
  • Selasa, 24 Mei 2022

Tangkap layar rakaman tular menunjukkan fenomena belalai air yang dikatakan berlaku di Pengerang. — Facebook

KEJADIAN belalai air dikatakan muncul berhampiran Pengerang, Kota Tinggi, Johor kira-kira pukul 6 petang, Isnin (23 Mei).

Video dan gambar belalai air itu tular di media sosial, dengan beberapa pengguna mendakwa bahawa mereka menyaksikan kejadian itu.

Bagaimanapun, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sebana Cove, Mohd Khairul Dahari berkata, belum ada laporan rasmi dibuat mengenai fenomena itu.

"Kami tahu terdapat ribut petir antara 8 hingga 11 malam Isnin tetapi tiada laporan mengenai fenomena belalai air. Bagaimanapun, kami akan bersiap sedia," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, polis juga masih belum menerima sebarang laporan berhubung perkara itu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram