Pemandu treler berdepan 5 tuduhan sebabkan 5 pelajar USAS rentung


  • 112
  • Selasa, 17 Mei 2022

Kemalangan melibatkan kereta api dan treler di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora di sini, tengah malam Rabu lalu yang mengakibatkan lima pelajar USAS.

PEMANDU treler terlibat dalam kemalangan tragis mengorbankan lima pelajar di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar, Perak minggu lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada petang Selasa.

Lelaki berusia 28 tahun itu akan menghadapi lima pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kertas siasatan kes telah dihantar kepada pasukan Pendakwa Raya dan menerima arahan untuk pertuduhan di mahkamah.

"Pemandu tersebut akan dibawa ke mahkamah petang ini (Selasa) untuk menghadapi lima pertuduhan,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Polis sebelum ini telah mendapat kelulusan mahkamah untuk menahan suspek selama tujuh hari bermula Khamis lalu bagi membantu siasatan kes itu. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram