Sesuka hati guna mercun buli OKU, 2 suspek terima padah dicekup


  • Tular
  • Rabu, 11 Mei 2022

Tangkap layar yang memaparkan seorang suspek cuba memukul lelaki OKU tanpa sebab dan tular di media sosial.

SEBUAH video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah syarkat kurier secara tiba-tiba membuli seorang mangsa yang juga orang kelainan upaya (OKU).

Menerusi video tular berdurasi 50 saat itu, lelaki tersebut juga membuli mangsa dengan cuba menumbuk dan mencucuknya dengan objek yang kelihatan seperti batang kayu, selain menggunakan mercun.

@majoritiofficial Kesiannya. Apa salah insan istimewa tu sampai kena cucuh mercun? Geram betul tengok. #cucuhmercun #insanistimewa #oku #jnt #kuching #sarawak #tular ♬ original sound - Majoriti Official

Tidak lama kemudian, muncul sebuah lagi video memaparkan ahli keluarga mangsa hadir ke tempat kerja lelaki yang membuli mangsa yang dikenali sebagai Lan Aduk.

Lelaki berkenaan juga menerusi video berkenaan bagaimanapun telah memohon maaf kepada mangsa.

@majoritiofficial Reply to @awansuperr Jadikan pengajaran buat semua ya. Jangan suka-suka hati membuli orang. Jangan melampau #cucuhmercun #mintamaaf #pekerjajnt ♬ original sound - Majoriti Official

Dalam pada itu, polis dilaporkan telah menahan dua suspek yang terlibat dengan video tular berkenaan yang berlaku di Bandar Baru Semariang, Kuching, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, mangsa berusia 58 tahun telah mengalami kecederaan di kepala dan dikejarkan ke hospital selepas diserang oleh suspek menggunakan objek tumpul.

"Dalam kes ini, suspek berusia 42 tahun bertindak tanpa usul periksa menyerang mangsa yang ketika itu cuba memberi bantuan ketika berlaku kemalangan jalan raya.

"Semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau dan tiga lagi rekod kes dadah. Dia dituduh di mahkamah pada 28 April lalu dan sebutan semula kes pada 31 Mei ini," katanya.

Tambahnya, kesemua suspek kini ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 dan Seksyen 286 Kanun Keseksaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram