Penumpang hampir pengsan, budak menangis dibiar kepanasan dalam pesawat KL-Sandakan


  • Tular
  • Rabu, 11 Mei 2022

Tangkap layar situasi penumpang selepas mendakwa berada dalam kepanasan kerana masalah teknikal yang dihadapi kapal terbang itu.

KEBELAKANGAN ini macam-macam aduan yang orang ramai lontarkan terhadap syarikat penerbangan negara seperti pengguna AirAsia bengang dengan isu kelewatan dan penjadualan semula penerbangan domestik syarikat itu.

Seperti ingin 'bersaing' dengan AirAsia, syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) pula menjadi tular di media sosial apabila penggunanya meluahkan rasa kecewa dengan servis MAS.

Menerusi perkongsian video dari pengguna TikTok, nash_ruto mamaparkan penumpang berada dalam kepanasan selepas mendakwa kapal terbang dinaiki mereka mengalami masalah teknikal sehingga menyebabkan penghawa dingin rosak.

Rakaman video situasi salam kapal terbang berkenaan.

Menurutnya, hampir satu jam mereka berada dalam kepanasan dan dalam video itu juga menunjukkan keadaan ramai kanak-kanak menangis sambil ditenangkan oleh ibu bapa masing-masing.

"Sejam kami menunggu dalam kepanasan sebab aircond rosak. Ramai budak menangis siap ada buka baju. Ada yang hampir pengsan," tulisnya pada hantaran video itu.

Menerusi penjelasan pemilik akaun itu, difahamkan kejadian tersebut berlaku sekitar 10.35 pagi Ahad lepas iaitu ketika lokasi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju ke Sandakan, Sabah.

"Berada dalam kapal terbang tu sejam setengah. Pukul 10:30 sampai pukul 12 tanpa aircond. Anda bayangkan bawa kereta tengah jalan, tingkap tutup tapi aircond lupa buka. Memang panas.

"Semasa kami tunggu dalam kepanasan itu, krew tidak offer air, tisu saja untuk lap peluh. Lepas seorang penumpang marah-marah dengan captain, baru kami dikeluarkan dari kapal terbang itu. Lepas dah keluar baru diberi air mineral," katanya

Menurutnya, kejadian itu terlalu bahaya untuk anak kecil kerana terdapat seorang anak kecil terpaksa menggunakan topeng oksigen bagi sebagai bantuan alat pernafasan.

Sehubungan dengan itu, MAS dalam satu kenyataan berkata, bahawa pesawat MH2710 bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan itu pada didapati mengalami isu teknikal ketika enjin pesawat dihidupkan.

Kenyataan itu memaklumkan pesawat tersebut juga terpaksa kembali semula ke ruang menunggu selepas prosedur kali kedua menghidupkan enjin gagal ketika melakukan 'pushback'.

Menurutnya, pada masa sama insiden berkenaan seorang penumpang juga memerlukan bantuan perubatan kecemasan.

"Malaysia Airlines memohon maaf apabila pendingin hawa tidak dapat dihidupkan ketika proses baikpulih dilakukan menyebabkan persekitaran kabin menjadi panas," mnurut kenyaaan itu.

Kesemua penumpang dipindahkan ke pesawat lain yang berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 1.37 tengah hari dan selamat tiba di Sandakan pukul 4.30 petang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram