Polis siasat kes gaduh kedai mamak di Bahau, nafi suruh 'setel tepi'


  • Berita
  • Jumaat, 06 Mei 2022

Saksi yang berada di restoran tersebut pada masa kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.

POLIS sedang menjalankan siasatan berhubung keajadian pergaduhan melibatkan pekerja restoran Nasi Kandar Liga Maju, Bahau, Jempol, Negeri Sembilan dan seorang pelanggan yang berlaku pada awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian yang berlaku pada puku 2.31 pagi itu, mangsa mendakwa telah ditumbuk oleh seorang lelaki Melayu di kaunter restoran berkenaan.

liga maju gaduh 3

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Hoo Chang Hook, pergaduhan berpunca apabila juruwang bertindak meninggikan suara kepada ibu mangsa yang tidak berpuas hati ibu mangsa yang mempertikaikan harga nasi goreng kosong dan telur yang berharga RM6.

"Situasi tersebut membuatkan mangsa berang dan bertindak mengambil kotak tisu dan membalingnya kepada juruwang tersebut hingga terkena barang-barang yang berada di kaunter.

"Salah seorang yang melihat perbuatan mangsa bertindak menumbuk mangsa dan beberapa pekerja serta pelanggan yang berada di restoran itu kemudian bertindak untuk meleraikan pergaduhan tersebut," katanya kepada Majoriti.

Tambahnhya lagi, terdapat kamera litar tertutup di restoran tersebut, namun ia tidak berfungsi.

Kata beliau lagi, pihaknya menafikan dakwaan bahawa ada campur tangan pihak polis dalam menyelesaikan kes tersebut (tanpa laporan).

"Pihak polis telah mengambil tindakan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

"Mana-mana pelanggan atau orang awam yang berada di restoran tersebut pada masa kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram