Kecoh 2 beranak cedera, lelaki bersenjatakan pedang cuba samun di Felda Easter Kota Tinggi


  • Tular
  • Khamis, 05 Mei 2022

Penjenayah yang dikatakan cuba melakukan jenayah samun bersenjata di Felda Easter pada pagi Khamis. — Facebook

PENDUDUK di Blok 3, PKT 3, Felda Easter, Jalan Jati di Kota Tinggi, Johor dipercayai digemparkan dengan kejadian samun bersenjata pada Khamis yang juga hari raya keempat.

Info ringkas itu dikongsikan seorang pengguna Facebook menggunakan nama Ckkigen Kigen di Facebook Info Info Trafic 1 Malaysia.

Menerusi hantaran status itu, penjenayah dipercayai cuba melakukan samun pada pagi Khamis dengan bersenjatakan pedang di sebuah rumah peneroka di lokasi berkenaan.

Menurutnya, dua mangsa cedera dalam kejadian itu iaitu isteri dan seorang anak mangsa.

"Pelaku pula dapat ditangkap dan disyaki bukan warga Felda berkenaan," katanya dengan memetik sumber kumpulan sembang WhatsApp.

Majoriti sedang mendapatkan pengesahan daripada Polis Johor berhubung kejadian berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram