Sambutan Aidilfitri jatuh pada Isnin, 2 Mei


  • Primer
  • Ahad, 01 Mei 2022

Pengumuman itu diberitahu pada malam Ahad.

UMAT Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Isnin (2 Mei), kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 2 Mei 2022," katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan pada malam Ahad.

Setelah dua tahun umat Islam di negara ini menyambut Syawal dalam keadaan Malaysia masih berdepan dengan pandemik Cocid-19, kali ini ia akan disambut dalam Fasa Peralihan ke Endemik yang bermula 1 April lepas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram