TERMINAL Bersepadu Selatan (TBS) sibuk dengan orang ramai yang beratur untuk mendapatkan tiket pada saat akhir untuk balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri.
Beberapa barisan panjang kelihatan di kaunter tiket sementara orang ramai di sekeliling dengan bagasi dan beg besar sedang menunggu pengumuman mengenai ketibaan bas mereka.