Luas siasat pencemaran bau seakan diesel di LRA Sungai Semenyih


  • 112
  • Sabtu, 30 Apr 2022

ANGGOTA Luas memeriksa sama ada terdapat pencemaran di LRA Sungai Semenyih.

LEMBAGA Urus Air Selangor (Luas) menerima laporan berhubung pencemaran bau seakan diesel di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih (Jenderam Hilir), Selangor pada pukul 12.30 tengah hari Sabtu.

Luas melalui kenyataan di Facebook pada Sabtu memaklumkan, pencemaran itu dilaporkan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) pada pukul 12.30 tengah hari.

Menurut Luas, berdasarkan pemantauan statik Luas sekitar 1.5 kilometer daripada muka sauk menunjukkan bacaan 0 ton.

"Siasatan pencemaran bau sedang dijalankan oleh Luas ke beberapa lokasi yang mungkin menjadi punca pencemaran tersebut," katanya.

Sehubungan itu, Luas memberitahu, pemantauan semasa status air sungai dilakukan bagi meningkatkan kekerapan pensampelan bau di lokasi pemantauan statik daripada 1 jam kepada 30 minit.

"Sebarang maklumat akan diberitahu dari masa ke masa," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram