Diskaun sehingga 20 peratus bekalan bahan mentah sempena Aidilfitri


  • Primer
  • Sabtu, 30 Apr 2022

Syarikat pengeluar ayam dan pengimport daging sedia memberi kerjasama memastikan bekalan makanan di musim perayaan mencukupi.

KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli bahan mentah barangan keperluan dalam kuantiti yang banyak menjelang sambutan Aidilfitri ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, ia bagi mengelak berlaku ketiadaan bekalan terbabit sehingga mengakibatkan pengguna lain terkesan kerana sukar mendapatkan barangan yang diingini.

"MAFI telah berbincang dengan syarikat-syarikat pengeluar ayam dan pengimport daging, malah mereka sedia memberi kerjasama memastikan bekalan makanan di musim perayaan mencukupi,” kepada pemberita selepas menghadiri Program Semarak Syawal Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dekat Tunjong, di Kota Bharu, Kelantan, pada Sabtu.

Ahli Parlimen Pasir Puteh itu berkata, pengguna kini boleh menikmati harga diskaun 10 hingga 20 peratus bagi bekalan bahan mentah itu menerusi pelaksanaan Program My Best Buy Karnival Raya yang membabitkan 797 outlet pemasaran di seluruh negara yang dianjurkan MAFI. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram