DAKWAAN mengenai harga makanan berubah-ubah di Restoran Silvas Curry House, SS15, Subang Jaya, Selangor adalah tidak benar dan situasi sebenar adalah pembeli berkenaan yang mengambil lauk dalam kuantiti yang banyak, kata pengurus restoran itu yang hanya mahu dikenali sebagai Gopi.
Terdahulu, Majoriti melaporkan seorang pelanggan bernama Vishnusiwaraja mengadu di TikTok tentang harga makanan yang berbeza dibeli di restoran tersebut.
Menjawab tuduhan itu, Gopi berkata, bukan Vishnusiwaraja yang membeli di kedainya tetapi mungkin kawan atau pekerja lelaki berkenaan.
"Kes dia bukan begitu, sebenarnya dia yang ambil banyak. Semasa dia bayar itu seakan dia ambil untuk portion dua orang makan. Ambil dalam tiga hingga empat sudu ayam, macam nak makan untuk dua orang tapi ambik dalam satu bungkus. Di kedai itu ada price list juga untuk harga makanan.
"Saya pun tidak pasti kawan atau pekerja dia tapi yang pasti bukan lelaki itu yang membeli di kedai saya. Warga asing India yang membeli makanan itu. Orang lain yang beli, orang lain pula mengadu.
"Dalam video itu tidak tahulah mungkin dia dah asing ayam ke macam mana tapi memang dia ambik portion untuk dua orang," tegas pengurus kedai makan itu.
Rakaman tular keluhan pelanggan yang merasakan harga makanan di Restoran Silvas Curry House mahal. — TikTok
Susulan video tular itu berkata, dia cuba menghubungi lelaki berkenaan untuk menyelesaikan isu tersebut namun tiada sebarang maklum yang diperolehinya dan dia bertegas untuk melaporkan dakwaan pengguna TikTok itu kepada pihak polis.
"Dia ambik makanan untuk dua orang makan jadi saya cas RM16.50. Kalau dia makan untuk portion seorang makan saya cas RM8.50. Saya bukan suka-suka nak cas orang juga. Saya dah berniaga 20 tahun, ini pertama kali saya terima aduan.
"Saya dah cuba telefon dia tapi tidak angkat. Saya mungkin ambil insiatif untuk telefon pihak polis," katanya.
Rakaman aduan Vishnusiwaraja yang berdurasi tiga minit itu mendapat banyak reaksi daripada warganet sejak dimuat naik pada Khamis.
Sementara itu, Majoriti juga mendapatkan respons KPDNHEP terhadap isu berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram