UMNO menegaskan bahawa memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) mesti ditamatkan selewat-lewatnya pada 31 Julai ini, meskipun ia sepatutnya berakhir apabila Parlimen dibubarkan sekaligus memberi ruang berlansungnya plihan raya umum (PRU), kata Datuk Seri Ahmad Maslan.
"Kita boleh langgar saja," kata Setiausaha Agung Umno itu ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Umno dekat ibu negara pada Khamis.
Tegasnya, hal yang demikian kerana PH terlebih dahulu melanggar MoU apabila menolak pindaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), selepas ia dibentangkan di Dewan Rakyat bulan lepas.
AHMAD Maslan ketika ditemui pemberita pada Khamis.
"Kalau kita lihat kepada fasal-fasal MoU itu, mereka perlu menyokong usul itu tetapi mengapa mereka tidak berbuat demikian?" soal Ahli Parlimen Pontian itu.
Pada masa sama, beliau memberi dua sebab utama mengapa MoU tersebut tidak boleh diteruskan selepas tanggal 31 Julai nanti.
"Jika kita melihat kembali sebab di sebalik pemeteraian itu, ia adalah bagi menangani pandemik Covid-19 selain meningkatkan ekonomi kita.
"Tetapi sekarang kita sedang beralih ke fasa endemisiti dan ekonomi kita beransur pulih, malah ia telah bertambah baik dari semasa ke semasa.
"Oleh itu, kita tidak perlukan MoU 2.0," jelasnya.
MoU itu ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ketua-ketua parti komponen PH pada September tahun lepas.
Antara perkara utama digariskan dalam MoU yang akan tamat pada 31 Julai ini termasuk undang-undang anti lompat parti digubal dan Parlimen tidak seharusnya dibubarkan sebelum tarikh tersebut.
Keputusan untuk tidak memperbaharui MoU itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno minggu lalu.
Ahmad Maslan turut membidas PH, dengan mendakwa bahawa alasan mereka mahu memperbaharui MoU adalah kerana isu peruntukan.
"Ia bukan MoU kosong, ia datang dengan peruntukan. Sebab itu mereka marah," tambahnya.
Beliau juga percaya bahawa Perdana Menteri akur dengan keputusan yang dibuat oleh majlis tertinggi parti. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram