Bekas pengulas sukan negara meninggal dunia sakit tua


  • Primer
  • Jumaat, 22 Apr 2022

Jamaludin Alias meninggal dunia kira-kira pukul 5 pagi pada Jumaat.

BEKAS pengulas sukan, Jamaludin Alias, 85, dimaklumkan telah meninggal pada pagi Jumaat.

Anaknya yang dikenali sebagai Fazli ketika mengesahkan perkara itu berkata, Allahyarham meninggal dunia pada usia 85 tahun kira-kira 5 pagi tadi akibat sakit tua.

Menurutnya, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya selepas solat Jumaat.

Jamaludin yang juga bekas pengulas sukan terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM) pernah bertugas ketika Sukan SEA Jakarta 1979 hingga Manila 1991, Sukan Asia Jakarta 1962 dan New Delhi 1982 serta Sukan Olimpik Barcelona 1992.

Allahyarham Jamaludin juga pernah membuat liputan secara langsung Piala Asia 1980 di Kuwait dan Hoki Piala Dunia di Bombay pada 1982.

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Jamaludin Alias. Al-Fatihah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram