Penceramah bebas ditahan di Hulu Terengganu, budak lima tahun mengadu jadi mangsa amang seksual


  • 112
  • Rabu, 20 Apr 2022

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

SEORANG penceramah bebas ditahan kerana didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Hulu Terengganu, Terengganu bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata, lelaki berusia 61 tahun tersebut ditahan sewaktu memberi keterangan di Balai Polis Ajil, Hulu Terengganu pada Isnin.

"Perbuatan amang seksual fizikal tersebut didakwa dilakukan suspek pada program di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu pada Mac lalu.

"Mangsa menyertai program tersebut bersama bapa dan neneknya, namun ibunya tidak ikut serta," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Suffian berkata, kanak-kanak perempuan itu kemudiannya menceritakan kejadian menimpanya kepada ibunya sebaik pulang ke rumah sebelum satu laporan polis dibuat.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram