KERTAS siasatan berhubung satu lagi kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew sedang dilengkapkan oleh pihak polis.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan saksi berhubung dakwaan itu.
"Kertas siasatan masih dalam proses untuk dilengkapkan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Pada 18 Februari lalu, Ebit, 37, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkaitan gangguan seksual di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom.
Ebit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin. — Sinar Harian
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram