KECOH di media sosial gambar-gambar sepanduk dengan mesej berbaur provokasi digantung di kawasan pagar sekolah dan beberapa kawasan lain dipercayai ditujukan kepada pihak pentadbir sebuah sekolah menengah di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Gambar-gambar itu dikongsikan seorang pengguna Facebook, Rohaidi Abu Talip di laman Facebook Kepala Batas & Bertam Kini.
"Lalu sat...siapa-siapa tahu apa kes ni?," tulisnya di Facebook itu pada Rabu.
Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, terdapat lima sepanduk dengan lima mesej berbeza digantung di kawasan terbabit.
Tangkap layar status dengan gambar-gambar sepanduk berbaur provokasi di depan sebuah sekolah. — Facebook
Kesemuanya mengandungi mesej yang ditujukan kepada pentadbir, pengetua dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepala Batas.
Antaranya berbunyi 'Pengetua & Pentadbir Mcm Ba***' dan 'Pengetua SMK Kepala Batas B*** Pelingkup Sekolah'.
Ada juga sepanduk yang 'memetik' Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Utara (SPU) untuk mengambil tindakan terhadap individu-individu yang dinamakan.
Sepanduk berkenaan berbunyi 'Pengetua SMK Kepala Batas, PK HEM, Hoii PPD Tukarkan 2 Ekor Penjahat Si Ib***', 'PPD SPU Tolong Tukar Pengetua & PK HEM SMK Kepala Batas Segera!'.
Antara komen netizen terhadap hantaran status berkenaan. — Facebook
Punca insiden itu tidak diketahui namun dipercayai didorong rasa tidak puas hati sekumpulan individu terhadap pentadbir sekolah berkenaan.
Seorang pengguna Facebook menngunakan nama Kak Sugar membalas hantaran itu dengan mendakwa ada lagi sepanduk lain di gantung di sebuah kedai dengan mesej hampir sama yang berbaur provokasi.
"Haa betul, nampak tadi (banner), esok kecoh la, jadi kes polis. Depan kedai Eco pun ada satu banner lagi...tulisan 'PK HEM Gedik Pengetua Kaki Betina'," dakwanya.
Janggut Janggut pula berkata, "IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kepala Batas, kalau boleh selesaikan sebelum murid-murid masuk kelas...tak elok kalau mereka tengok."
Status tersebut tular sejak awal pagi Rabu dan sudah mendapat lebih 70 perkongsian.
Majoriti turut mendapatkan reaksi pihak berwajib termasuk Kementerian Pendidikan berhubung insiden berkenaan untuk penjelasan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram