Misteri pemandu seorang diri rentung, Proton Wira terbakar awal pagi di Jempol


  • 112
  • Isnin, 18 Apr 2022

Pihak bomba mengambil masa 15 minit bagi memadamkan kebakaran tersebut. — Sinar Harian

SEBUAH kereta Proton Wira terbakar dalam kejadian awal pagi Isnin di Kampung Taman Jaya di Jempol, Negeri Sembilan.

Pemangku Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) II, Ahmad Nazmi Halil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.03 pagi sebelum bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera dengan tujuh anggota.

"Kami mengambil masa 15 minit bagi memadamkan kebakaran tersebut. Bagaimanapun pemeriksaan lanjut mendapati terdapat seorang mangsa rentung di bahagian tempat duduk pemandu," katanya pada Isnin.

Jelasnya, setakat ini identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan pihak bomba masih menjalankan siasatan lanjut kejadian itu. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram