Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden letupan gas, kemalangan bas di Mesir


  • Primer
  • Jumaat, 15 Apr 2022

Insiden letupan besar saluran paip gas yang berlaku di Nasr City, Kaherah pada Khamis. — Agensi

TIADA rakyat Malaysia yang terkesan dalam dua insiden letupan besar saluran paip gas yang berlaku di Nasr City di Kaherah, Mesir pada Khamis dan kemalangan melibatkan sebuah bas di Aswan pada Rabu.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dan berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah berhubung dengan rakyat Malaysia, terutamanya pelajar-pelajar yang menginap di sekitar Nasr City bagi memastikan keselamatan mereka.

Kenyataan itu juga menyebut, rakyat Malaysia di negara itu dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan masing-masing.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular diminta menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah di Mesir yang terletak di 21, Al Aanab Street, Mohandessine, Giza, atau menghubungi talian +201200276388 atau e-mel: [email protected].

Menurut laporan media Mesir, letupan berhampiran Al-Ahly Club di Nasr City menyebabkan kebakaran besar dan kemalangan bas dengan sebuah lori di Aswan pula menyebabkan 10 orang maut termasuk lima pelancong asing. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram