Anwar-Najib berdebat 12 Mei


  • Politik
  • Ahad, 17 Apr 2022

Debat antara Najib (kiri) dan Anwar itu akan membincangkan tentang SEB dan masa depan Malaysia.

DATUK Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membincangkan isu Sapura Energy Bhd (SEB) dan masa depan Malaysia pada 12 Mei depan dalam program debat antara kedua tokoh politik negara itu.

Pengumuman program debat itu dibuat Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil dalam sidang media pada Ahad.

Menurut Fahmi, debat antara bekas Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang itu akan diadakan di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada pukul 9 malam. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram