Isu Sapura, Anwar tak gentar bertemu Najib


  • Politik
  • Isnin, 04 Apr 2022

KEMELUT 'bail-out' SEB menjadi perbalahan antara Najib dan Rafizi sejak akhir-akhir ini. — Facebook

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk berdepan dan berdebat demi negara dan rakyat pada bila-bila masa dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Anwar, pendiriannya itu masih tidak berubah sejak 10 tahun lalu kerana pernah melontarkan cabaran yang sama kepada Najib namun tidak bersahut.

"Saya ambil maklum lontaran cabaran debat daripada Najib.

"Beliau (Najib) kini memilih mencabar saya di awal bulan Ramadan setelah gagal menjawab sanggahan saudara Rafizi Ramli mengenai kemelut ‘bail-out’ Sapura dalam keadaan rakyat miskin dan para peniaga kecil yang tidak terbela," kata Anwar menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasminya pada Isnin.

Pada Ahad, media tempatan melaporkan Najib menyahut cabaran debat bekas Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli tetapi ia juga perlu disertai Anwar.

Rafizi sebelum ini mencabar Najib berdebat berhubung isu syarikat Sapura Energy Bhd (SEB). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram