‘Kena rehatkan tiga pemain utama, barulah Penyu tak dilibas Bujang Senang’


  • Podium
  • Khamis, 14 Apr 2022

Peminat juga semakin positif dengan kemampuan Terengganu FC selepas perlawanan menentang JDT baru-baru ini. — MFL

MENJELANG perlawanan Terengganu FC bertemu Sarawak United FC pada Ahad (17 April 2022), rata-rata peminat mengharapkan skuad Sang Penyu dapat merangkul tiga mata pertama mereka dalam aksi Liga Super musim ini.

Bakal berlangsung di Stadium Negeri Sarawak, Kuching, Sarawak, peminat juga semakin positif dengan kemampuan Terengganu FC selepas perlawanan menentang Johor Darul Takzim (JDT) baru-baru ini.

Meninggalkan komen menerusi hantaran di akaun Facebook Terengganu FC, pemilik akaun Syed Amar memberi saranan beberapa nama pemain muda yang boleh diturunkan untuk perlawanan bertemu Sarawak United FC nanti.

Katanya, kali ini Terengganu FC perlu menurunkan pemain muda seperti Azam Azmi, Hairiey Hakim dan Syafik Ismail.

"Bagi pemain muda pula bermain, rehatkan pula Habib Haroon, Arif Fadzilah dan Hakimi Abdullah.

"Mereka nampak sudah penat sangat dalam perlawanan sebelum ini," katanya.

tfc srwk 1

Sementara itu, pemilik akaun, Faizwan Faez pula menulis di ruangan komen berharap agar kesebelasan utama yang diturunkan kali ini bukanlah pemain yang sama seperti perlawanan sebelum ini.

"Harap jangan muka yang sama sahaja dalam kesebelasan utama walaupun prestasi menurun.

"Lebih baik bagi pemain gantian yang betul-betul ada potensi untuk bermain dan bukan bersantai tunggu dan tengok bola," ujarnya.

tfc srwk 2

Dalam pada itu, pemilik akaun, Epinz Kt pula mengharapkan pasukan Terengganu FC akan bermain bersungguh-sungguh seperti perlawanan menentang JDT sebelum ini.

"Harap main macam lawan JDT baru-baru ini," tulisnya ringkas.

tfc srwk 3

Terdahulu, Terengganu FC tewas dalam dua perlawanan di Liga Super bertemu dengan Petaling Jaya (PJ) FC dan JDT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram