Kecoh video pergaduhan dua pasukan bola sepak di Gombak


  • Tular
  • Isnin, 07 Feb 2022

TANGKAP layar video pergaduhan yang dikongsikan pengguna Facebook, Azri Zakaria Ayie.

SATU rakaman video memaparkan pergaduhan di antara dua pasukan bola sepak, tular di media sosial pada Isnin.

Kejadian yang dipercayai berlaku di padang bola Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Sungai Pusu, Gombak Selangor pada malam Ahad.



Video yang tular di media sosial.

Video tersebut dikongsikan seorang pengguna Facebook, Azri Zakaria Ayie.

"Kami budak gombak, ref (pengadil) Gombak tengok je la.. sampai patah tangan kabo nya (katanya)," tulis Azri.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengutuk keras tindakan kedua-dua pasukan yang dikatakan tidak matang dan profesional.

"Main bola macam tahi, gaduh je lebih," tulis seorang warganet.

Seorang lagi warga maya mendesak supaya kedua-dua pasukan tersebut disenarai hitamkan daripada sebarang pertandingan.

"Kasi pangkah dua-dua pasukan ni, blacklist terus," katanya.

Majoriti sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

gaduh, bola sepak, UIA, Sg Pusu,