TIDAK sampai seminggu sempadan darat Malaysia-Singapura dibuka, sudah ada beberapa berita yang tidak sedap didengar tentang sikap masyarakat dari seberang tambak itu.
Antaranya, ada masyarakat Singapura yang mengambil kesempatan membeli minyak petrol bersubsidi RON95.
Meskipun perkara itu terjadi di hadapan mata, rakyat Malaysia seolah-olah tidak berani menegur perbuatan itu dan hanya bersuara di media sosial.
Tidak kurang juga ada yang cuba menegur, namun warga Singapura terbabit hanya buat-buat tidak tahu.
Semua sedia maklum bahawa RON95 adalah minyak petrol bersubsidi yang khusus untuk rakyat Malaysia sahaja.
Oleh yang demikian, kita berhak menegur mana-mana rakyat Singapura yang mengambil kesempatan membeli minyak petrol berkenaan yang terang-terangan jauh lebih murah dari harga petrol di negara mereka.
Jika ada di antara rakyat Malaysia yang tidak tahu bagaimana mahu menegur golongan ini atau sudah menegur tetapi tidak diendahkan, pemilik akaun Facebook, Muhd Anshahrizat Aluhar ada berkongsi caranya.
Katanya dalam grup, Khas Penduduk Kota Tinggi, berikut adalah tip tindakan yang boleh dibuat jika warga Singapura mengisi minyak petrol RON95;
- Tegur.
- Memberitahu kepada petugas stesen minyak.
- Jika tidak berhasil, tekan saja butang E-Stop yang berwarna merah. (Terdapat di setiap pam).
BUTANG E-Stop akan menghentikan proses pengisian serta merta.
- Catat butiran seperti nombor pendaftaran kenderaan, lokasi dan gambar jika ada.
- Laporkan kepada pihak berkuasa.
Katanya lagi, apabila butang E -Stop ditekan, proses pengisian akan terhenti, malah pihak juruwang akan mendapat amaran di pam tersebut melalui skrin pendaftaran pembelian di kaunter. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram