Langgar papan tanda 'awas', pekerja kilang telur maut


  • 112
  • Selasa, 05 Apr 2022

MOTOSIKAL mangsa remuk selepas terlibat dalam kemalangan maut itu. — Sinar Harian

SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangi terbabas dan melanggar tiang papan tanda 'awas' di Jalan Telok Gong, Kuala Sungai Baru, di Alor Gajah, Melaka pada malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, dalam kejadian jam 10.30 malam itu, Muhammad Haziq Md Affandi,19, yang juga pekerja kilang telur di Batu Berendam dipercayai dalam perjalanan dari arah Pengkalan Balak ke Kuala Sungai Baru.

"Kemalangan berlaku apabila mangsa yang beralamat di Felda Palong Timur 3, Batu Anam Johor dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar tiang itu yang terletak di bahu jalan," katanya ketika dihubungi pemberita pada Selasa.

Jelas beliau, akibat nahas itu mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram