Ebit Lew hadap 11 pertuduhan termasuk gangguan seksual


EBIT Lew dihadapkan ke Mahkamah Tenom, Sabah, dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk gangguan seksual. — Sinar Harian

PENDAKWAH terkenal, Ebit Lew dihadapkan di mahkamah di Tenom, Sabah pada Jumaat, dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.

Ebit Lew, 37, tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, Sabah kira-kira jam 9 pagi dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain.

Sementara itu, perkarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal pihak polis sejak awal pagi Jumaat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut dijadualkan akan mengadakan sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit Lew.

Difahamkan, Ebit Lew kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Ebit Lew, pertuduhan, tenom, gangguan seksual