Cikgu wanita disyaki dera empat budak tadika di Muar sejak November, dedah polis Johor


  • 112
  • Sabtu, 02 Apr 2022

SUSPEK dikatakan melakukan penderaan itu sejak November. — Gambar hiasan/ Facebook

POLIS Johor menahan seorang guru wanita berhubung dakwaan mendera empat anak muridnya di sebuah tadika swasta di Muar, Johor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Johor, Asisten Komisioner Kanan, Shahurain Jais mengesahkan perkara itu dan berkata, siasatan sedang dijalankan melibatkan penderaan di sebuah tadika di Muar.

"Kes membabitkan seorang guru yang didakwa mendera empat kanak-kanak lelaki berusia antara tiga hingga lima tahun di tadika berkenaan.

"Siasatan awal mendapati pada 31 Mac lalu, ibu kepada salah seorang mangsa menerima video tentang anaknya yang didera suspek berusia lingkungan 50-an," katanya dalam sidang media pada Sabtu.

Tambahnya, suspek melakukan penderaan itu berlaku sejak November 2021 dan semua mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar untuk pemeriksaan kesihatan.

Ujarnya, suspek menyerah diri kepada polis pada Jumaat dan ditahan reman sehingga 7 April bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram