Pekebun Kelantan dianaktirikan, orang luar muncul tauke musang king sekelip mata


  • Massa
  • Jumaat, 25 Mac 2022

ANTARA gambar yang memaparkan keadaan hutan yang diteroka untuk tujuan penanaman durian musang king. — Facebook

BAK kata pepatah, kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Mungkin itu pepatah yang sesuai untuk ditujukan terhadap situasi yang didedahkan Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa berkaitan isu ladang durian jenis musang king di Hutan Sungai Durian, Kelantan.

Menurut Husam, Raja Badminton China, Li Yongbo telah mendapat peluang untuk menanam durian musang king di hutan tersebut seperti yang dilaporkan media tempatan.

"Dalam laporan itu, Yongbo berkata, dia tidak pernah terfikir akan membuka kebun durian di tengah-tengah hutan.

"Kemudian seorang rakyat Kelantan bernama Rosman dengan linangan air mata mengirimkan saya gambar yang dirakamnya sendiri di kebun berkenaan untuk tatapan rakyat Kelantan," dakwanya.

Husam mendakwa, apa yang pelik ialah rakyat Kelantan dah berpuluh tahun meneroka tanah untuk membuat dusun dan menanam pokok getah untuk mencari ruang kekayaan di bumi sendiri.

Namun jelasnya, perbuatan itu dihalang kerana bertindih dengan hutan simpan dan akhirnya kebun mereka pun dimusnahkan.

"Mereka nak mohon pun sukar sekali mendapat kelulusan.

"Untuk 'orang luar', boleh pula hutan-hutan yang kaya dengan khazanah itu dibersihkan," tegasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram