Kawasan sekitar Jalan Burma alami gangguan bekalan air Ahad ini


  • Primer
  • Jumaat, 25 Mac 2022

PBAPP memaklumkan, gangguan bekalan air itu berlaku berikutan kerja-kerja pengalihan segera saluran paip air di hadapan bangunan menempatkan pejabat cawangan Am Assurance dan Kurnia Insurans.

KAWASAN di sekitar Jalan Burma, George Town, Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 12 jam pada Ahad 27 Mac, dari 9 pagi hingga 9 malam.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) dalam kenyataan memaklumkan, gangguan bekalan air itu berlaku berikutan kerja-kerja pengalihan segera saluran paip air di hadapan bangunan menempatkan pejabat cawangan Am Assurance dan Kurnia Insurans di persimpangan Jalan Burma dan Jalan Arratoon.

"Tujuan kerja-kerja pengalihan saluran paip adalah untuk mengelakkan kejadian paip pecah di kawasan itu, berikutan insiden 1 Jan lepas, yang mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual selama 24 jam," menurut kenyataan itu.

PBAPP menjangkakan kira-kira 2,000 pengguna air berdaftar di kawasan tersebut akan terjejas iaitu di Jalan Burma: simpang Jalan Larut sehingga simpang Jalan Pangkor, Gurney Drive: simpang Jalan Kelawai ke simpang Jalan Edgecumbe, Jalan Arratoon, Jalan Salween, Jalan Clove Hall, Jalan Irrawadi, Jalan Chow Thye, Jalan Sultan Ahmad Shah, Jalan Pangkor termasuk Hospital Gleneagles, Jalan Service, Jalan Phuah Hin Leong, Jalan Tavoy, Jalan Imigresen, Jalan Mandalay, Jalan Loh Boon Siew, Jalan Pykett dan Jalan Larut.

"PBAPP memohon maaf kepada semua pengguna air yang terjejas atas kesulitan berlaku. Kerja-kerja segera ini adalah perlu untuk memastikan perkhidmatan bekalan air yang baik secara berterusan di Jalan Burma dan kawasan sekitarnya," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, PBAPP telah memaklumkan kepada Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota, Hospital Gleneagles dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri mengenai gangguan bekalan air ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram