Kit Siang kena kompaun langgar SOP, Najib pun belum ‘settle’


  • Primer
  • Selasa, 22 Mac 2022

SURAT kompaun terhadap Najib yang dihantar melalui pos daftar oleh KKM. — Twitter Khairy

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengeluarkan kompaun kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) pengawalan wabak Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi perkongsian di Twitter berkata, kompaun berkenaan dikeluarkan pada 20 Mac.

Khairy turut menyertakan bukti kertas saman terhadap Kit Siang dalam ciapan tersebut.

"Kompaun sudah dikeluarkan kepada @limkitsiang. KKM juga harap @NajibRazak bayar satu kompaun yang dikeluarkan semasa PRN (Pilihan Raya Negeri) Johor yang masih belum settle.

"KKM juga harap @NajibRazak menerima empat lagi kompaun yang dihantar melalui pos daftar yang pegawai DS (Datuk Seri) enggan terima sebelum ini,” katanya.

Khairy membuat perkongsian itu sebagai reaksi selepas Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan mengapa Kit Siang tidak didenda kerana berpelukan dengan ahli parti pada Kongres Kebangsaan DAP ke-17 yang berlangsung pada Ahad lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram