Mungkin saya silap anggap Najib mahu teruskan penerbitan sukuk RM5 bilion — Ismee


ISMEE ketika hadir perbicaraan kes dana 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis. — Bernama

BEKAS Pengarah Bukan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Khamis memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau mungkin tersilap dengan menganggap Datuk Seri Najib Tun Razak mahu meneruskan penerbitan sukuk Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) oleh Terengganu Investment Bhd (TIA) pada 2009.

Tan Sri Ismee Ismail, 58, bersetuju dengan cadangan peguam Datuk Hariharan Tara Singh berdasarkan surat dari Istana Terengganu kepada TIA yang menyatakan bekas Perdana Menteri itu bersetuju untuk menangguhkan dahulu penerbitan sukuk RM5 bilion itu.

Langgan Majoriti hari ini

Dapatkan akses penuh untuk membaca artikel berinformasi yang berlaku sekitar anda dan luar negara. Hanya di Majoriti, refleksi tanpa prejudis.

Jika sudah melanggan