VIDEO kereta mewah yang menghalang laluan di lebuh raya yang tular sejak Sabtu mengundang perbalahan warganet membuat pelbagai dakwaan termasuk kononnya konvoi 'geng GTR' sengaja membuat kandungan (content) di tengah jalan.
Dikongsi oleh pemilik akaun Mak Cik Kiah, kejadian tersebut bagaimanapun dijelaskan dalam ruangan komen bahawa konvoi kereta mewah berkenaan membuat 'sekatan jalan raya' untuk memberhentikan sebuah kenderaan pacuan empat roda (Ford Ranger) yang dipandu pemandu mabuk.
Perkara itu dijelaskan seorang pemilik akaun, Haida Ramli di ruangan komen.
"Sebelum hentam fitnah orang cuba tengok video tu dulu..salah satu kereta dalam konvoi itu dilanggar dengan Hilux (Ford Ranger sebenarnya) yang mabuk.
"Sebab itu mereka buat sekatan supaya pemandu mabuk itu tidak langgar lebih ramai orang lagi," katanya.
KENDERAAN Ford Ranger tersebut dipercayai melanggar salah seorang rakan konvoi GTR berkenaan.
Dalam ciapan di kongsi oleh Mak Cik Kiah, dia menanyakan maklumat lanjut tentang kejadian itu yang berlaku pada Sabtu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram