Mekanisme, pelaksanaan gaji minimum akan diumumkan tidak lama lagi


  • Primer
  • Ahad, 20 Mac 2022

KALI terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020 dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 kepada RM1,200 sebulan. — The Star

PERINCIAN mekanisme dan pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan akan diumumkan tidak lama lagi, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan.

Menyambut baik pengumuman pelaksanaan gaji minimum baharu mulai 1 Mei 2022 seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu, Saravanan berkata ia adalah selaras dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac 2022.

"Pengumuman ini jelas seiring dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan pekerja.

"Langkah ini juga dijangka memberi sumbangan positif dalam merangsang ekonomi negara melalui peningkatan kuasa beli pekerja,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, Ismail Sabri mengumumkan bahawa kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan di seluruh negara mulai 1 Mei 2022 dan ia akan berkuat kuasa terlebih dahulu membabitkan syarikat-syarikat besar dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020 dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 kepada RM1,200 sebulan ketika pembentangan Bajet 2020. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Saravanan, gaji, minimum, mekanisme, GLC