Bek Perak FC tuju lagu 'makan dalam'


  • Podium
  • Sabtu, 19 Mac 2022

RAMAI yang mengaitkan bait liriik yang dikongsi Danish Haziq juga seolah 'tuju lagu' kepada seseorang. — Awani

STATUS story di media sosial Instagram pemain pertahanan Perak FC, Muhamad Danish Haziq Saipul Hisham, 24, menarik minat warganet yang menyifatkan ia seperti respons terhadap isu pengurusan kelab bola sepak itu.

Berkongsi video seorang lelaki menyanyikan lagu, Hukum Karma oleh kumpulan rock, Wings, pemain yang dikenali dengan nama Danish Haziq itu turut menulis nota berbaur sindirian.

"Untuk orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak ada hati perut mungkin," tulisnya ringkas.

WhatsApp Image 2022-03-19 at 9.45.13 AM

DANISH Haziq itu turut menulis nota berbaur sindirian. — Instagram

Ramai yang mengaitkan bait liriik yang dikongsi Danish Haziq juga seolah 'tuju lagu' kepada seseorang.

Bait lirik tersebut adalah, "Gila darjat, gila nama, gila kuasa......semua gila."

Terdahulu, pemain Perak FC berdepan kemelut tunggakkan gaji yang tiada berkesudahan yang mana sehingga kini sebanyak dua bulan gaji masih tertunggak dan belum dibayar oleh pihak pengurusan pasukan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Muhammad Yunus Zakariah berkata, tunggakkan gaji itu melibatkan 35 pemain dan 16 kakitangan kelab yang bersama pasukan itu ketika ini.

Majoriti kini sedang cuba menghubungi Danish Haziq untuk mendapatkan pengesahan lanjut tentang statusnya di Instagram itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram