PENETAPAN gaji minimum sebanyak RM1,500 akan dilaksanakan bermula 1 Mei depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menyedari peningkatan kos sara hidup dan kesannya terutama kepada masyarakat B40.
“Saya mendengar perbahasan yang dibangkitkan oleh perwakilan dan suara rakyat.
“Justeru, saya ingin mengumumkan gaji minimum RM1,500 sebulan akan bermula pada 1 Mei di seluruh negara,” katanya semasa ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno pada Sabtu.
Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno berkata, perbincangan antara dua menteri akan diadakan bagi melihat penangguhan pelaksanaan dasar bagi perniagaan kecil dan mikro berpendapatan rendah atau hasil.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan memberitahu Dewan Rakyat bahawa gaji minimum RM1,500 akan dilaksanakan dalam masa yang sepatutnya dan kerajaan komited untuk menguatkuasakannya menjelang akhir tahun ini. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram