Kes 'konvoi GTR' tahan Ford Ranger, pemilik 4x4 ada rekod dua saman


  • Tular
  • Ahad, 20 Mac 2022

TANGKAP layar dari rakaman 'konvoi GTR' itu. — Facebook

SESAK laluan sebuah lebuh raya apabila sekumpulan pemandu kereta mewah menghalang laluan pada Sabtu, sekali gus mencetuskan kemarahan pengguna jalan raya yang lain.

Pada awalnya, warganet mendakwa sekumpulan kereta itu sengaja membuat sekatan demi membuat kandungan (content) konvoi yang dilabel sebagai 'geng GTR'.

Semakan Majoriti mendapati konvoi berkenaan turut melibatkan kereta mewah jenis Lamborghini.

Namun seorang pengguna Facebook, Haida Ramli tampil memberi penjelasan bahawa salah sebuah kereta dalam konvoi berkenaan iaitu Lamborghini berwarna hijau dilanggar oleh pemandu kenderaan pacuan empat roda (Ford Ranger) itu yang dipercayai mabuk.

Mereka bertindak menghalang laluan tersebut kerana mahu menahan kereta pacuan empat roda itu.

Kejadian itu difahamkan berlaku di Johor namun lokasi spesifik belum dikenal pasti.

Hasil semakan Majoriti, pemilik kenderaan Ford Ranger itu mempunyai rekod dua saman yang tertunggak dengan kedua-duanya kesalahan berlaku di Johor.

Bagaimanapun saman tersebut masing-masing untuk kenderaan berbeza termasuk Ford Ranger yang terlibat dalam insiden pada Sabtu.

Saman tersebut diperolehi pada awal tahun ini iaitu kejadian di Kota Tinggi untuk Ford Ranger dan satu lagi saman direkod pada tahun 2021 yang berlaku di Batu Pahat, Johor untuk kenderaan lain tetapi atas pemilik yang sama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram